June 25, 2009

Mengenali Mutiara Asli

mutiara asli, mutiara sabah, mutiara air masin"Cantik mutiara ni, berkilaunye...buat gelang ikat emas cantik ni pakai kenduri kawin anak cik jah kat hotel nanti.." mungkin inilah salah satu ungkapan yang boleh kita dengar apabila seorang wanita melihat sebutir mutiara. Dalam otak tu memang takde lain selain daripada menjadikan mutiara tu aksesori diri..rantai ke, gelang ke atau cincin..


Tapi sejauh mana kita nak menilai yang mutiara kita pegang tu yang asli? Di pasaran sekarang ni terdapat pelbagai jenis mutiara dengan pelbagai bentuk dan pelbagai rupa dan warna...rambang mata beb nak menentukan keasliannya...silap-silap manik plastik pun kita boleh kata itu mutiara asli gak....

So ada beberapa tips atau panduan yang boleh digunapakai untuk menentukan keaslian mutiara..

Panduan pertama..mula-mula dari segi pemerhatian je...tengok permukaan mutiara tu...mutiara asli permukaannya tak licin mcm guli tu...akan ada kesan-kesan natural alam pada badan mutiara ni walaupun sedikit...ada orang kata hodoh tapi orang yang kenal mutiara dan menghayati nilainya akan kata cantik mutiara ni...:) kerana itulah nilai sebutir mutiara.

Panduan kedua lak yang boleh dicuba, main lambung-lambung lak ngan mutiara tu..tengok berat ke ringan..kerana kalau itu mutiara asli anda akan dapat rasa beban beratnya...kalau masih tak puas hati gak atau masih ragu-ragu dengan timbangan anda, boleh cuba cara ini lak...kopek bahagian luar mutiara tu...kalu terkopek kulitnya..bukan asli la tu sebab mutiara asli tidak akan terkopek walau apa cara pun..

Masih tak puas hati? guna kaedah ni lak...tapi ganas skit la..hehe..gigit mutiara tu...;p apa rasa? Mutiara asli permukaannya akan rasa sedikit kesat dan berpasir...dan akan ada kesan ngilu pada gigi anda....kalau mutiara palsu akan rasa licin bila digigit...Mutiara asli keras macam batu..silap-silap gigi anda yang patah...awas.....

Kaedah selanjutnya yang boleh diguna pakai untuk mengetahui keaslian sebutir mutiara ialah dengan membakar mutiara tersebut..Kaedah ini sangat popular dikalangan penjual-penjual mutiara asli..Mutiara yang asli tidak akan terjejas walau sedikit pun kesan daripada pembakaran tersebut...kental mutiara ni..inilah salah satu keajaiban ciptaan Tuhan sedikit pun tidak dapat menandingi ciptaan manusia-manusia bijak hari ini....

Semoga panduan ini dapat membantu anda untuk mendapatkan yang ORIGINAL saja.....SELAMAT MENCUBA.....

0 comments:


Post a Comment

About Me

Blog kristal-mutiara.via.my ini dibina atas minat saya dan juga ingin memasarkan jualan kristal swarovski dan mutiara sabah asli saya secara online serta menyediakan maklumat-maklumat mengenai kristal dan mutiara khas untuk para pelawat semua. Jika anda rasa ianya berguna dan penting untuk tatapan anda, anda boleh melanggan blog ini melalui Feed via Email. Sekiranya anda mahu membeli kristal dan mutiara ini, anda bolehlah klik banner Yuri Collection disebelah atas ini. Ianya ORIGINAL dan harga yang berpatutan menanti anda.

Shout Box

Contact Us:
Customer Service



Email:
yusrosniza@yahoo.com

Phone Number:
+6013-8682983


Kristal Swarovski ShoutMix

Followers

 

Recent Posts

Recent Comments